Jangan Bela Kucing Kalau Tiada Komitmen!
Hairan dengan sikap sesetengah penghuni di kawasan perumahan aku ni.. suka sangat bela kucing. Pangsapuri plak tu, main langgar je walaupun pihak pengurusan dah mengeluarkan larangan membela kucing sehingga mengugut akan menangkap kucing yang berkeliaran and then ‘put to sleep’.
Selalu juga terjumpa kucing² bersaiz sederhana + comel berkeliaran di beranda, tapak permainan kanak², parking, tong sampah. Kadang² kucing ikut orang masuk lif naik ke tingkat atas pun ada tapi nak turun balik ke tingkat bawah, tak reti. Hehe!
Satu perangai si pemilik kucing ni yang aku tak suka, tiba je musim perayaan atau cuti panjang.. musim membuang kucing pun bermula. Bayangkan, kucing yang dibela dari kecil toilet train, makan makanan tablet, biasa dengan suasana rumah, mandi setiap minggu & akhirnya dibuang ke luar atas alasan tak dapat nak bawa balik? Ambil jalan mudah je diorang ni..
Indahnya Pemandangan & Budaya Masyarakat Sabah

Sebelum ini, selalu dengar cakap-cakap mulut dari rakan sekeliling mengenai keindahan Sabah. Last week, pergi ke Kota Kinabalu, Sabah dengan penerbangan tambang murah. Tinggal di Apartment Promenade Servis, berdekatan dengan dermaga Kota Kinabalu.
Di sesetengah tempat, bandar beransur-ansur sepi mulai jam 8.30 malam. Di kawasan tempat tinggal kami agak berbeza sedikit. Fasiliti kawasan tempat tinggal, boleh dikatakan agak menarik kerana terdapat banyak kemudahan seperti bank, kedai 24 jam, kedai makan, pusat urut tradisional, karaoke, kedai makanan segera dan lain-lain.





























