Tanpa DSLR, Anda Juga Boleh Menjadi ‘Photographer’
Pada asasnya, manusia merakamkan sesuatu peristiwa pada lukisan di dinding, kulit haiwan dan sebagainya yang kita boleh lihat di muzium contohnya. Lama kelamaan, teknologi semakin canggih dan memudahkan lagi kerja-kerja merakam peristiwa-peristiwa penting dalam kehidupan harian kita. Heee… apa yang aku membebel ni?

Di atas adalah gambar yang aku cukup kagum dan minat. Sehingga kini aku masih berpuas hati dengan hasilnya. Iya, pada asalnya gambar ini tidaklah secantik mana pun. Tetapi setelah di beri sedikit sentuhan melalui perisian Adobe, maka inilah hasilnya. Kalau ikutkan hati, dah lama delete gambar ni tetapi nasib baik tak jadi.
Daripada data EXIF yang diperolehi, gambar ini di ambil menggunakan kamera digital Sony DSC-W110 pada tahun 2010 di Zoo.
- Exposure : 0.001 sec (1/1000).
- Aperture : f/5.0
- Focal Length : 15.1 mm
- ISO Speed : 400
- Jam : 1:39 petang
Sesetengah orang mengatakan, gambar yang telah di edit bukanlah gambar yang bagus. Sebaliknya gambar yang baik, asli dan tidak di edit adalah gambar yang terbaik sekali. Bagi aku, itu semua tidak penting kerana apa yang kita lakukan adalah untuk kepuasan diri. Bukannya mengikut konsep yang orang lain timbulkan.





























setuju! hmm betul juga tu..
[Reply]